Alif Satar Tak Rancang Tunai Haji Bersama Faizal Tahir , Kongsi Keadaan Cuaca Di Arafah.

Pelak0n dan penyanyi, Alif Satar menzahirkan kesyukuran kerana dapat menjalani ibadah haji namun tid4k menyangka berwukuf bersama dengan rakan selebriti, Faizal Tahir.

Pemilik nama Muhammad Alif Mohd Satar menyatakan ia adalah momen terindah disebalik banyak-banyak perancangan ditetapkan oleh-Nya.

Alif berkata, dia dan pelatun lagu Santai hanyalah sekadar merancang untuk mengerjakan ibadah umrah bersama-sama suatu ketika dahulu dan bukanlah mengerjakan haji.

“Momen bersama abang saya, Haji Faizal Tahir. Dari dulu bersembang pasal nak buat umrah sama-sama tapi pernah menjadi.

“Rupanya kita cuma merancang tapi Dialah sebaik-baik perancang. Yang kelakarnya ibadah haji ini tak pernah berbincang sama-sama pun dan di sini kami hari ini pada hari Arafah.

“Secara fitrahnya, kami dikurniakan rezeki diberikan oleh Allah SWT dan digunakan di jalan-Nya, berdoa, berdoa dan menyahut seruan haji,”tulisnya.

Dalam pada itu, Alif turut menyatakan dia bersyukur dan akan mengingati momen terindah ditetapkan oleh-Nya kerana dapat mengerjakan ibadah haji bersama sahabat baik.

“Dari tahun 2006 sehingga sekarang mengerjakan haji 2023. Allahuakbar, akan menghargai selama-lamanya,”tulisnya lagi.

Sementara itu, Alif yang turut mengerjakan rukun Islam kelima bersama isteri tercinta, Shadila Halid berkongsi keadaan cuaca sewaktu mengerjakan 

wukuf di padang Arafah di mana ia diibaratkan seperti sepuluh kali ganda p4nas berada di dalam kereta tanpa memasang pendingin hawa.

“Kalau nak tahu macam mana rasa dia, masuk kereta waktu tengahari tapi jangan pasang aircond, darah 10 kali.

“Alhamdulillah, Allah mudahkan,”kongsinya.

Sumber: Ig @alifsatar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *