Alhamdulillah Tahniah Fauziah Nawi Dikurnia Darjah Kebesaran ,Kini Bawa Gelaran Datuk.

Pelak0n veteran, Fauziah Nawi kini membawa gel4ran Datuk selepas dikurniakan Darjah Panglima Jasa Negara (PJN) daripada Yang di-Pertuan Ag0ng Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini.

Menurut lap0ran BERNAMA, seniwati berusia 70 tahun itu mendahului senarai 297 penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan bersempena Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong 2023 pada istiadat pengurniaan.

Raja Permaisuri Ag0ng Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah turut berangkat ke istiadat tersebut yang berlangsung di Istana Negara, Kuala Lumpur.

Sementara itu, Fauziah melu4hkan kesyukuran atas kurniaan darjah kebesaran tersebut menerusi sebuah posting di laman Fb sebenar tadi.

Melihat di ruangan komen, terdapat rakan artis dan kenalan mengambil kesempatan bagi mengucapkan tahniah kepada Fauziah berhubung pencapaian yang diraihnya.

Terdahulu, beliau menerima Darjah Kebesaran Johan Setia Mahkota (JSM) sebagai pengiktirafan terhadap jasa sepanjang berkecimpung dalam kerjaya sebagai anak seni.

Sumber: Fb Fauziah Nawi