Alhamdulillah Syukur , Dalam Diam Rupanya Isteri Azmi Sedang Hamil 7 Bulan. Dedah Perangai Pelik Suka Tidur Atas Lantai.

Penyanyi Azmi Saat berkongsi berita gembira isterinya iaitu Nazirah Muhammad kini sedang h4mil tujuh bulan.

Bersyukur atas kurnian rezeki itu, Azmi, 36, berkata dia tidak sabar menantikan kelahiran cahaya matanya itu yang dijangka pada November depan.

“Ni eksklusif, saya dan isteri Alhamdulillah dah dapat rezeki anak yang kedua selepas pemergian anak pertama Khairul Afnan.

“Dua tahun menanti sekarang dalam proses… insyaAllah bulan November anak kami akan lahir,” katanya.

Dalam pada itu, Azmi sempat berkongsi perangai p3lik isteri yang suka tidur di atas lantai sepanjang tempoh kehamilan ini.

“Kalau tidur dia tak boleh tidur atas tilam, kalau tak lena, isteri akan turun daripada katil dan tidur di lantai.

“Saya rasa pelik sampai saya nak pergi tandas tertend4ng dia sebab tak perasan dia tengah tidur atas lantai, kasihan isteri saya,” ujarnya.

Untuk rekod anak pertama Azmi dan isteri iaitu Afnan mninggal dunia pada 30 September 2021.

Sumber:mstar