Alhamdulillah. Rezeki jadi tetamu Allah, Salwa Abdul Rahman dan suami berangkat tunai ibadah haji
PENYANYI Datin Salwa Abdul Rahman menjadi antara individu bertuah apabila dapat menunaikan ibadah haji pada tahun ini bersama suami iaitu Datuk Subadron Abd Aziz.
Salwa, 58, memaklumkan dia dan suami ber4ngkat ke Tanah Suci pada Rabu.
“Kami suami isteri dikurniakan rezeki menjadi tetamu Allah pada tahun ini. Kami berdua akan berangkat ke Tanah Suci pada 31 Mei 2023,” katanya.
Salwa berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya pada Rabu.
Salwa berdoa urusan mengerjakan haji dipermudahkan.
Dalam pada itu, penyanyi berkenaan turut memohon kemaafan daripada sahabat dan keluarga sekiranya mempunyai kesalahan yang dilakukan.
Salwa juga memohon doa orang ramai agar segala urusan mereka di Tanah Suci dipermudahkan dan diberikan kesihatan yang baik.
“Di kesempatan ini, kami ingin memohon maaf kepada sahabat dan saudara mara yang mengenali kami di atas ketelanjuran kata dan perbuatan tingkah laku yang kami sedar atau tidak.
“Mohon halalkan makan minum kami. Mohon doakan semoga Allah permudahkan urusan ibadah kami di sana, dikurniakan kesihatan yang baik serta dalat menyempurnakan rukun Islam yang kelima dengan dikurniakan Haji yang mabrur.
“Semoga kita semua sentiasa selamat dibawah peliharaan Allah,” ujarnya.
Sumbar; Mstar