Alhamdulillah Penyanyi Nora Ariffin Sudah Sembuh Selepas Masuk ICU , Anggap Dapat Peluang Kedua.
Datuk Nora Ariffin meluahkan rasa syukur apabila sudah dibenarkan pulang selepas menerima rawatan selama 10 hari di sebuah pusat perubatan di Kajang, Selangor akibat ses4k nafas.
Nora atau Wan Norafizah Wan Ariffin, 50, berkata, kesembuhan yang dikurniakan Allah selepas bert4rung nyawa selama tiga haari di Unit Rawatan Rapi (ICU) disifatkan sebagai peluang baharu buat dirinya.
“17 November 2023, genab sepuluh hari saya berada di hospital, tiga hari ICU.
“Alhamdulillah kini sudah pun kembali berehat di rumah. Syukur seolah-olah diberi peluang kedua. Allah saja yang tahu,” katanya.
Nora berkongsi keadaannya itu menerusi Instagram miliknya pada petang Ahad yang memaparkan dirinya sudah kembali sihat.
Dalam pada itu, dia juga berterima kasih kepada semua pihak yang banyak membantu dalam kesembuhan dirinya sepanjang menerima rawatan.
Malah dia juga meluahkan rasa tidak sabar untuk kembali berkerja selepas mendapat rehat yang mencukupi.
“Terima kasih buat suami da anak-anak tersayang.
“Saya juga merakamkan banyak-banyak terima kasih kepada sahabat yang mendoakan, ziarah dan buat solat hajat. Hanya Allah sahaja yang dapat balas jasa baik anda.
“Saya tak sabar untuk kembali berkerja macam biasa,” ujarnya.
Sebelum ini, khabar Nora dimasukkan ke hspital dimaklumkan oleh suaminya iaitu Dr Rushdi Ramli yang dikongsi oleh penyanyi Datuk Aishah di Instagram miliknya.
Dalam mesej berkenaan, Rushdi memohon agar orang ramai dapat mendoakan kesejahteraan isterinya itu.
Manakala menurut pengurusnya yang dikenali sebagai Jaja, penyanyi berkenaan dimasukkan ke hspital akibat demam panas dan mengalami ses4k nafas.
Sumber:Mstar , HM