Alhamdulillah Pengantin Lelaki Halalkan Isteri Dengan Sekali Lafaz ,Ramai Sebak Lihat Kesungguhan Ketika Ijab Kabul.
Kekurangan pasangan ini tidak menghalang untuk mereka meraikan cinta dan membina rumah tangga walaupun terdapat sedikit batasan bagi pengantin lelaki melafazkan akad.
Tular satu perkongsian di akaun TikT0k, @abesolution9911 menunjukkan seorang lelaki kurang upaya (0KU) bernama Hakim sedang menjalani proses ijab kabul dalam sebuah masjid di Kelantan.
Dalam video tersebut, pengantin itu dilihat dibantu oleh seorang wanita yang boleh menggunakan bahasa isyarat tangan sekali gus menjadi perantara antara pengantin dengan tok kadi.
Hakim menggunakan bahasa isyarat untuk akad nikah dilakukan.
Menerusi ruangan kapsyen, dia menzahirkan rasa bangga terhadap penterjemah bahasa isyarat yang mampu melakukan terjemahan dari bermulanya khutbah sehinggalah akad nikah selamat dilakukan.
“Tabik juruterjemah dia berusaha untuk translate dari khutbah akad nikah sampai habis,” tulis pelayar tersebut yang pertama kali melihat cara OKU berkahwin.
Dapat juga dilihat wanita berbaju hijau itu berkomunikasi dengan pengantin lelaki menggunakan bahasa isyarat.
Kemudian, pengantin berkenaan membalas menggunakan bahasa isyarat sebagai pengganti untuk menyempurnakan syarat lafaz akad nikah.
“Saya terima nikahnya dengan mas kahwin sebanyak yang tersebut,” kata juruterjemah yang menterjemahkan lafaz akad nikah oleh pengantin lelaki.
Kelihatan pasangan ini mengenakan pakaian bertemakan warna putih untuk majlis pernikahan mereka.
Terdapat beberapa individu lain yang merupakan tetamu majlis turut berkongsikan momen manis majlis tersebut di media sosial.
Betapa rasa bersyukurnya nikmat Allah bagi pada diri ini berbanding mereka.
Menjengah ke ruangan komen video-video dikongsikan, rata-rata warganet gembira melihat kaedah proses ijab kabul oleh pengantin lelaki 0KU.
Menurut seorang pengguna TikT0k, pengantin wanita yang dikenali sebagai Yuyu juga adalah seorang 0KU bisu dan cacat pendengaran seperti pasangannya.
Rata-rata turut meluahkan rasa teruja dan gembira sehingga mengalirkan air mata melihat bagaimana pasangan pengantin 0KU ini sah disatukan sebagai suami isteri.
Sekitar majlis persandingan pasangan 0KU.
“Saya sebak mengenangkan anak bujang saya OKU juga.
“Nanti dekat syurga isteri dia boleh dengar suara suami.
“Betapa rasa bersyukurnya nikmat Allah bagi pada diri ini berbanding mereka,” komen net1zen pada video.
Laman web Maktabah al-Bakri, Syeikh Dr Wahbah al-Zuhaili turut menjawab persoalan mengenai penggunaan bahasa isyarat semasa akad nikah sama ada dikira sah atau tidak.
Pernikahan seorang yang bisu dapat dilaksanakan dengan tulisannya, atau bahasa isyaratnya menurut para fuqaha’, manakala menurut ulama Hanafiyyah, hendaklah dengan tulisan jika dia mampu melakukannya.
Berdasarkan kenyataan di atas, lafaz akad nikah oleh seorang bisu boleh dilafazkan melalui tulisan atau bahasa isyarat yang dapat difahami, dan ia dikira sebagai sah.
Sumber:Mstar, TT