Alhamdulillah Ismahalil Hamzah Kini Bebas Hukuman M4ti Dan Tuduhan Edar D4dah.
Bekas penyampai radio, Ismahalil Hamzah yang sebelum ini didapati bersalah atas pertvduhan mengedar d4dah jenis kanabis anggaran seberat 374.6 gram
pada tahun 2021 terlepas hukuman m4ti selepas Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membebaskannya daripada tudvhan tersebut.
Memetik lap0ran Sinar Harian, keputusan tersebut diputuskan oleh Hakim, Datuk Muhammad Jamil Hussin selepas mendapati Ismahalil, 50 berjaya menimbulkan keraguan munasabah di akhir k3s pembelaan.
Sejurus keputusan diketahui, bekas penyampai radio berkenaan yang memakai baju T dan berkopiah putih, terperosok ke bawah kerusi di kandang tertuduh.
Ismahalil kemudiannya nampak lega dan bersyukur apabila terlepas daripada hukuman atas tudvhan terbabit sewaktu keluar dari perkarangan Kompleks Mahkamah.
K3s pembelaan berkenaan diwakili peguam, Datuk Ahmad Zaharil Muhaiyar dan Adi Zulkarnain Zulkafli sementara pendakwaan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Noor Dayana Mohamad.
Sebelum ini, Ismahalil didawak buat kali pertama pada 6 September 2021 di Mahk4mah Majistret Kuala Lumpur atas pertuduhan berkenaan.
Mamun mengaku tidak bersalah pada 21 Februari tahun lalu atas satu pertuduhan mengedar dad4h jenis kanabis anggaran berat 374.6 gram di sebuah rumah di Jalan Semarak, Wangsa Maju di sini, pada 5.35 petang, 27 Ogos 2021.
Dia ditudvh mengikut Seksyen 39B(1)(A) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) akta sama yang memperuntukkan hukuman m4ti jika sabit kesalahan.
Malah, pada 27 Februari lalu, dia juga menangis sambil memandang ke arah isteri dan anak-anak selepas pihak mahkamah memerintahkan dia membela diri atas tuduhan tersebut.
Sumber: SH