Alami pendarah4n tanpa henti, Jaafar Onn terkena ser4ngan jantung ketika prosedur endoskopi

Artis serba boleh Jaafar Onn mninggal dunia ketika menjalani prosedur endoskopi di Hspital Sultan Idris Shah, Serdang, Selangor pada pagi Rabu.

Anak angkatnya iaitu Mohamad Hanif Hashim, 30, memberitahu prosedur yang dilakukan Jaafar, 73, berisiko tinggi susulan j4ntung Allahyarham berada dalam keadaan lemah.

Katanya, Allahyarham terpaksa menjalani prosedur tersebut susulan mengalami pendarahan teruk semasa membuang air besar.

“Pagi tadi papa ada melalui prosedur endoskopi dan doktor memang ada beritahu prosedur itu berisiko sebab Papa ada masal4h jantung lemah tapi terpaksa buat sebab pendarahan.

“Bacaan jantung dia memang tinggi sampai 140 dan masa buat endoskopi sekitar pukul 10 pagi, Papa mengalami serangan jantung dan disahkan mninggal dunia pada pukul 11.32 pagi tadi.

“Papa mulanya mengalami tekanan dar4h rendah dan dalam pada sama dia juga buang air besar berdar4h… Pendarahan itu terlampau banyak dan tak berhenti,” katanya kepada mStar.

Kata Hanif, pendarahan dialami Allahyarham sebelum ini berkemungkinan berpunca dari pengambil ubat tahan sakit berpanjangan.

Jelasnya, Allahyaraham mengambil ubat berkenaan bagi menangani sakit lutut yang dialami sejak tahun lalu.

“Kemungkinan pendarahan itu disebabkan pengambilan ubat tahan sakit yang diambil oleh papa. Ikutkan memang dah lama Papa ambil ubat itu, sebelum saya jaga dia lagi.

“Ubat tahan sakit itu dia makan sebab sakit lutut. Bulan puasa tahun lepas dia dapat tahu ada masalah jantung. Masalah jantung tu juga menyebabkan kakinya bengkak.

“Berak berdarah tu pula mungkin disebabkan ada ulser dalam perut. Patutnya bulan dua ada rawatan susulan tapi tak dapat pergi sebab ada urusan lain. Lagipun ketika itu, arwah rasa pembuangan dia sudah baik,” ujarnya.

Allahyarham Jaafar meninggal dunia pada usia 73 tahun.

Sementara itu, jnazah akan diuruskan dahulu di hspital sebelum dibawa pulang ke kediaman keluarga sebelum disemadikan di Tanjung Ganding, Muar, Johor pada petang Rabu.

Terdahulu, kesihatan Jaafar dilaporkan merosot sebelum ditahan wad HSIS selepas mengalami pendarahan semasa membuang air besar.

Untuk rekod, Untuk rekod, Jaafar memulakan karier seninya sekitar tahun 1970-an dengan menyertai sebuah kumpulan tarian yang popular zaman itu dan pernah membuka kelas tarian dikenali Maya Studio, bertempat di Bangsar.

Pada 1973, dia dipelawa pihak Radio Televisyen Malaysia (RTM) menyertai rancangan masakan Dunia Wanita yang ketika itu dihoskan oleh Datin Paduka Zaleha Ismail.

Bermula dari situ, nama Jaafar dikenali ramai sebagai tukang masak.

Tidak hanya berbakat sebagai tukang masak, Jaafar juga melebarkan sayap sebagai penyanyi dan pelakon pada era 1980-an apabila muncul dengan telefilem pertama lakonannya Lagenda Lela Manja.

Allahyarham juga cukup terkenal dengan drama bersiri ikonik Cili Padi menerusi watak Cikgu Jaafar yang ditayangkan pada pertengahan 1990-an.

Ia turut menampilkan barisan pelakon seperti Anne Ngasri, Melissa Saila, Tam Suhaimi dan Nik Fariz Nik Fadzil.

Sumber:Mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *