“Aku Anggap Keluarga Tapi Dikhi4nati”Staf Kutuk Belakang , Siap Ada Group Chat Rahsia. Kieda Suruh 12 Pekerja Angkat Kaki
Kieda berkata dia mengarahkan seramai 12 orang pekerjanya agar meletakkan jawatan dengan kadar segera.
Menurut Kieda, tindakan itu dibuat selepas 12 pekerja tersebut did4kwa mula menunjukkan sikap tidak jujur selain mencetuskan aura negat1f di tempat kerja.
“Semalam k4ntoi group chat di belakang Kieda… mengata, kutuk bertubi-tubi kat Kieda. Hari ni insyaAllah, Allah tak mudahkan urusan Kieda.
“Tapi Allah mudahkan semua urusan 12 orang staf Kieda tu. Tak payah berhenti serentak. Saya sendiri yang minta anda letak surat peletakan jawatan 24 jam,” ujarnya pada Jumaat.
Kieda mend4kwa 12 pekerja itu mempunyai group chat rahsia untuk mengvtuknya.
Bagaimanapun Kieda tidak mended4hkan secara terperinci tentang kandungan perbualan di dalam kumpulan WhatsApp yang did4kwanya itu.
Namun dalam video yang dikongsi di Fb, Kieda mendoakan agar 12 individu terbabit dimurahkan rezeki untuk bekerja di tempat lain bersama majikan yang lebih baik.
“InsyaAllah saya mudahkan urusan anda. Semoga anda bertemu dengan kerja yang baik-baik dengan anda, bos atau circle yang baik dengan anda, yang kena dengan diri anda.
Jangan ulangi kesilapan silap pilih circle kawan-kawan, semoga maju jaya buat manusia yang aku pernah anggap sebagai keluarga.
“InsyaAllah hari ni hari Jumaat, semoga Allah memberkati segala urusan Kieda. Amin Ya Rabbal Alamin.
“Terima kasih 12 orang team yang saya selalu lebihkan. Bawa tour, bawa berjalan.. Makan tak pernah kurang. Terima kasih untuk segalanya,” ujar peniaga crepe viral itu.
Dalam satu hantaran berasingan pada Jumaat tengah hari, Kieda berkata dia tetap tenang meskipun terpaksa melalui situasi yang tidak disukainya.
“Keadaan yang sangat benci untuk aku lalui. Tapi aku tetap lalui dengan keadaan tenang. Ya Allah, terima kasih untuk ketenangan saat ni. Sampai berjumpa lagi kesayangan kak.
“Jangan ulangi kesilapan silap pilih circle kawan-kawan lagi ya. Semoga maju jaya buat manusia yang aku pernah anggap sebagai keluarga tapi akhirnya aku dikhianati,” ujar Kieda.
Dalam satu lagi hantaran berasingan, Kieda turut memuat naik sekeping foto ketika dia sedang membuat laporan polis.
Namun, Kieda tidak menyatakan dengan terperinci tujuan dia membuat laporan itu.
“Bismillah. Permulaan untuk pengajaran manusia yang suka berpuak dan menghasut orang lain. Dan cuba menjatuhkan company.
“Jangan pernah berhenti jadi baik ya Kieda walaupun tahi yang kamu terima,” ujar Kieda lagi.
Sumber:Mstar,HM