Akhirnya Shuib Bertemu Adik Miza , Net1zen Sebak Bila Shuib Sebut “Ibu”

Pelawak dan penyampai radio Suria FM, Shuib akhirnya bertentangan mata dengan kanak-kanak perempuan bernama Miza yang memiliki wajah arwh isterinya Allahy4rham Siti Sarah.

Ibu mentua tiri Shuib, Siti Fatimah atau lebih dikenali sebagai Makder meluahkan kesyukuran atas pertemuan tersebut yang membab1tkan keluarga kedua-dua pihak.

Akhirnya bertemu adik Miza

“Alhamdulillah terlalu besar rezeki ini, dapat berjumpa lagi, kali ni bersama satu keluarga. Semoga ikatan ini terus berpanjangan,” tulisnya.

Siti Fatimah berkongsi perkara itu menerusi satu muat naik video di laman Instagram memaparkan mereka menikmati makan malam di sebuah restoran, semalam.

Menerusi rakaman berdurasi seminit 19 saat berkenaan, Shuib dilihat teruja sebaik kanak-kanak berusia sembilan tahun itu memasuki ruang makan sebelum saling bermesraan antara satu sama lain.

Sementara itu, pelawak berusia 39 tahun itu turut merakam gambar kenangan bersama isterinya Watie Hanifiah dan Miza yang dikongsi di akaun Instagram miliknya.

Rindu dan sayang!

Meninjau ruangan komen di video Siti Fatimah, segelintir net1zen meluahkan rasa seb4k apabila mendengar Shuib menyebut nama ‘ibu’ selepas kali pertama bersemuka dengan kanak-kanak tersebut.

Untuk pengetahuan, pelawak terbabit memanggil Allahy4rham Siti Sarah sebagai ‘ibu’ ketika hayatnya sebelum arwh mninggal dunia dua tahun lalu.

Sedih dengar Shuib sebut ‘ibu’

Al-Fatihah untuk arwh Siti Sarah

Tak lekang Shuib pandang adik Miza

Sebelum ini, bapa Allahy4rham Siti Sarah iaitu Raisuddin Hamzah terlebih dahulu bertemu adik Miza dipercayai di Kedah sedikit sebanyak mengubat kerinduan terhadap anaknya.

Sumber: Ig Makder & Shuib