Akhirnya Nasib Pemuda Terbela , Asalnya Pinjam Moto Rakan . Tapi Ada Dad4h Dalam Raga.
Mal4ng tidak berbau, siapa sangka t1ndakan meminjam motosikal daripada seorang rakan untuk memudahkan pergerakan ke sesuatu tempat bertukar menjadi perkara yang tidak diingini berlaku.
Begitulah nasib seorang pemuda apabila dia telah ditahan selepas pihak berkuasa menjumpai dad4h di dalam raga motosikal tersebut.
Kisah tersebut diceritakan semula oleh seorang peguam jnayah, Datuk Ahmad Zaharil Muhaiyar menerusi sebuah video yang dimuat naik di akaun TikT0k miliknya baru-baru ini.
Zaharil yang mewakili pemuda berkenaan memberitahu anak guamnya itu terlepas dari pertuduhan di bawah S3ksyen 39B Akta Dadah Berbahaya yang boleh membawa hukuman mati jika dis4bitkan kesalahan.
“Alhamdulillah syukur kehadrat Allah SWT, Nazhan terlepas dan bebas daripada pertuduhan di bawah Seksyen 39B yang bawa hukuman mandatori m4ti.
“Apa yang saya nak katakan, dia ini terlalu baik pinjam motor kawan, dalam raga ada d4dah,” katanya.
Beliau sempat berpesan kepada orang di luar sana supaya berhati-hati dan tidak mengulangi kesilapan pemuda tersebut iaitu meminjam harta orang walaupun daripada rakan yang dipercayai.
“Jadi hati-hati kawan-kawan, jangan buat macam dia (pemuda). Sebab kawan nak pinjam, tak mengapa, boleh.
“Kawan berlari ke Ind0nesia, kamu duduk Sungai Buloh. Jadi, hati-hati,” tambah Zaharil.
Perkongsian tersebut telah mendapat reaksi p0sitif daripada warganet yang memuji tindakan Zaharil dalam membela nasib orang teraniaya daripada pertuduhan hukuman mandatori.
Terbaik dapat menyelesaikan kesulitan manusia
Sorang lagi diselamatkan dari aniaya
Respek orang macam ni
Terdahulu, Zaharil juga mewakili bekas penyampai radio, Ismahalil Hamzah pada bulan lalu daripada pertuduhan mengedar d4dah di rumah sewa miliknya berdekatan Jalan Semarak, Wangsa Maju dua tahun lalu.
Isma bagaimanapun dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur daripada tuduhna mengedar bahan terlarang jenis kanabis seberat 374.6 gram.
Sumber: TikT0k Ahmad Zaharil