“Akhirnya Mereka Ada Tempat Bermanja” Pujuk Matin Tengah Merajuk , Net1zen Puji Layanan Baik Watie.

Kemesraan dan layanan baik isteri kepada pelawak dan penyampai radio Suria FM Shuib iaitu Watie Hanifiah terhadap anak-anak tirinya menerima pujian net1zen.

Menerusi perkongsian video terbaharu di Instagram, Watie, 35, dilihat memujuk anak ketiga iaitu Ariq Matin yang sedang merajuk menarik perhatian pengikut.

Kata Watie atau nama sebenarnya Fati Nikmatul Adawiyah Hanifiah, Matin merajuk selepas melihat dia memeluk Talita.

Watie dipuji kerana menyantuni anak-anak Shuib.

“Masa itu mummy (panggilan Watie) dengan Dekta (panggilan Talita) sahaja, mana ada awak… biarlah mummy peluk Dekta, asyik peluk awak saja.

“Matin kenapa awak nak merajuk… Mummy keluar berdua saja dengan Dekta. Awak tak ikut mummy. Masa tu awak dekat rumah atuk,” katanya.

Dalam rak4man itu, Watie dilihat terus memujuk Matin dengan menyanyi bersama.

Namun, anak lelaki penyampai radio berkenaan masih lagi men4ngis menunjukkan rasa tidak puas hati.

“Janganlah men4ngis… Dia merajuk sekarang. Mummy menyanyi dengan awak pula.

“Macam mana mummy nak menyanyi dengan awak kalau awak tak beri kerjasama,” pujuk Watie.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata net1zen meluahkan rasa terharu melihat anak-anak Shuib akhirnya dapat menumpang kasih seorang insan bernama ibu.

Shuib dan Watie bernikah pada Jun lalu.

“Alhamdulillah, anak-anak Allahy4rham sudah mendapat semula tempat bermanja dan kasih sayang seorang ibu… Terima kasih dan tahniah buat Watie.

“Pasti Shuib sangat lega bila sudah ada ibu baharu untuk anak-anak dia. Meskipun bukan ibu kandung tapi insyaAllah kasih sayang yang Watie beri tak berbelah bahagi.

“Dia (Matin) c3mburu. Ala comelnya… seronok sangat tengok anak-anak gembira dapat kasih sayang mummy,” tulis net1zen.

Sebelum itu, Watie berkongsi rak4man video dia bersama Talita sedang berada dalam kereta menyanyikan lagu Cinta Tak Harus Memiliki nyanyian ST12.

Selepas menyanyi bersama, Watie memeluk dan mencium kanak-kanak perempuan itu.

Watie bahagia bersama Shuib.

Untuk rekod, Watie mendirikan rumah tangga dengan Shuib dalam sebuah majlis yang berlangsung di Putra Glass House, Shah Alam, pada 23 Jun lalu.

Shuib memiliki empat orang cahaya mata hasil perkahwinan bersama All4hyarham Siti Sarah Raisuddin iaitu Uwais Alqarni, 11, Dzahira Talita Zahra, 9, Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan yang kini berusia dua tahun.

Sumber:hm