Ajak Terkilan , Isteri Pandu 152 KM Pergi Balik Sekolah Punca Isteri Alami Masalah Tulang Belakang .

Isteri kepada pelakon dan pelawak Ajak Shiro, Afifah Amin dimasukkan ke hospital akibat masalah tulang belakang. Pelawak dan penyampai radio, 

Ajak akui terkilan apabila permohonan isterinya untuk berpindah ke sekolah yang lebih dekat telah ditolak hampir lima kali.

Susulan itu, Ajak memaklumkan isteri kini sedang menerima rawatan di hospital akibat masalah tulang belakang dan salah satu puncanya adalah disebab memandu terlalu lama.

“Tolong doakan bidadari saya ni..sambil-sambil dengar luahan hati Suami Cikgu. Dia sakit tulang belakang, MRI pagi tadi Doktor nasihat jangan Drive lama.

“Sekarang ni jarak dia ke sekolah mengajar 152km pergi balik. Mohon pindah dah 2 tahun lebih..5 kali permohonan ditolak.

“Entahlah, kena pakai cable agaknya ek baru dapat.  Kita Adjust suruh berhenti aje kalau payah naa, tapi dia xnak,” tulisnya.

Kisah ini dikongsikan sendiri oleh penyampai Radio Suria FM menerusi hantaran di Instagram.

Tambah Ajak lagi, dia juga pernah mencadangkan agar isterinya berhenti sahaja, namun kecintaan mengajar mengatasi segalanya dan sekali gus menolak cadangan itu.

“Kesiankan anak murid dia..Yelah..tapi kalau mohon kalini  tak dapat jugak, awak berhentilah Ibu..Percaya rezeki Allah.

“Lepas ni kalau sakit mc je, kalau tak larat bawak kereta berhenti je rehat tepi jalan..

Kalau dtg lambat sekolah biar je diorang ambil tindakan..Yang penting jaga kesihatan..Badan awak tu saya nak pakai lama”

“Saya percaya ramai lagi guru-guru yang ada masalah mohon pindah ni..Alasan ikut suami pun dia tak pandang. Kena bagi alasan ikut boyfriend baru dia lepas kot naa.

“Saya doakan guru-guru yang dah bertahun-tahun mohon pindah dipermudahkan urusan korang semua.

“Ni pengalaman saya tau, ada yang lagi dahsyat,” ceritanya panjang lebar.

Sekadar info, Ajak dan Afifah telah mendirikan rumah tangga pada tanggal 6 Jun 2009.

Hasil perkongsian hidup mereka, pasangan ini dikurniakan tiga cahaya mata, Mohamad Jad Thaqif, Mohamad Had Thaqif dan Nada Soffea.

Sumber:HM