“Baby Kalini Sangat Kuat , Takde Alahan”Aisyah Hijanah Sebak Dengan Anak Ketiga
Usahawan dan pempengaruh media sosi4l Aisyah Hijanah sebak dengan anak ketiga kerana proses melahirkan cahya mata itu tidak sama seperti kelahiran anak pertama dan kedua.
Menerusi satu perkongsian di Ig, Aisyah berkata perjalanan melahirkan anak ketiganya itu sangat susah namun dia menghargai setiap saatnya.
“Kali ini, perjalanannya memang susah. Tak pernah sangka akan melalui fasa ini dalam kehidupan saya. Tapi Alhamdulillah hikmah yang cukup besar Allah berikan untuk Aisyah dan Alif.
“Proses melahirkan kali ini, kami berdua sangat sebak dan lebih menghargai antara satu sama lain. Setiap saat sangat berharga dan apa yang saya boleh cakap Subhannallah, dia rasa macam lahirkan anak pertama lagi,” katanya.
Usahawan berusia 26 tahun itu juga berkata dia tidak merasakan kesakitan yang teruk sepanjang mengandungkan anak ketiganya itu.
“Waktu Khadeejah dulu, 10 hari awal daripada due date. Hassan pula on time 23/9. Bayi ketiga ini, Aisyah memang tak rasa apa-apa.
“Khadeejah dan Hassan senang sikit sebab keluar darah jadi terus pergi hspital. Bayi nombor tiga ni, MasyaAllah puaslah buat macam-macam.
“Jalan itik sudah, mencangkung pun sudah. Semalam ada rasa contraction tapi tak kuat masa buat siaran langsung di TikT0k,” kongsinya.
Tambahnya, sepanjang mengandungkan anak ketiganya Aisyah tidak mengalami sebarang alahan dan dia seakan-akan tidak mengandung.
“Bayi kali ini memang bayi yang sangat kuat. Tak ada alahan sikit pun, normal macam tak mengandung dari awal.
“Ingat lagi, siap doa panjat puncak Rawa. Saya selalu doa ‘ Ya Allah, jadikan proses bersalin normal, tidak sakit dan bayi yang lahir senang dijaga.
Harap baby kuat, Aisyah Hijanah sebak dengan anak ketiga
“Alhamdulillah, memang waktu saya buat siaran langsung TikTok semalam dah rasa contraction tapi tak sakit. Habiskan siaran langsung, makan kejap dan terus siap-siap pergi hspital.
“Sampai hspital, rupanya bukaan dan 3cm, terus masuk LR. Tapi Alhamdulillah, tak rasa s4kit,” katanya.
Dalam pada itu, Aisyah menyuarakan kesyukurannya kerana kelahiran kali ini tidak sesusah dahulu disamping memohon doa daripada orang ramai buat anak ketiganya.
“Alhamdulillah, Dr datang untuk proses epidural. Tak macam anak pertama dan anak kedua.
“Waktu Khadeejah, memang bergegar teruk dan rasa gatal-gatal kaki. Waktu Hassan pula kesan dia sampai sesah nafas dan tekanan darah pun j4tuh. Kali ini, bergegar dan gatal-gatal sangat minimal. Memang Allah mudahkan dan sangat lancar.
“Doakan agar bayi yang lahir ini adalah bayi yang sihat, cerdas, aktif dan kuat,” ujarnya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata wargnet mengucapkan tahniah kepada Aisyah disamping menitipkan doa buat anak ketiga pempengaru itu.
MasyaAllah, berseri ibu mengandung
Tahniah! Sama birthday dengan anak saya
Alhamdulillah, semoga membesar jadi anak solehah
Terdahulu, nama Aisyah menjadi bualan hangat selepas suaminya Alif Teega mengumumkan dia telah berkahwin sekali lagi tanpa pengetahuannya.
Ramai warga maya mengecam tindakan Alif yang memilih untuk menikahi wanita lain saat isteri pertamanya sedang sarat mengandung.
Sumber: Ig Aisyah Hijanah