Pergi pada usia 92 tahun, Ahmad Nawab mninggal dunia akibat s4kit tua

Perginya sebutir lagi permata seni di persada muzik tanah air…

Seniman Negara yang juga komposer terkenal Tan Sri Dr Ahmad Nawab menghembuskan nafas terakhirnya pada usia 92 tahun akibat sakit tua kira-kira 3.15 petang tadi di kediamannya di Taman Melewar, Gombak, Kuala Lumpur.

Berita pemergian Ahmad Nawab atau nama sebenarnya Ahmad Khan Wahab Khan disahkan sendiri cucunya, Teh Suraya Nasir Khan.

“Arwh tiada apa-apa s4kit, cuma demam dua tiga hari ini, mungkin itu petanda beliau nak pergi (mninggal dunia).

“Alhamdulillah, arwah pergi dalam keadaan yang baik,” katanya.

Teh Suraya berkata jnazah Allahyarham dijangka akan dikebum1kan esok pagi di Tanah Perkubur4n Islam Raudhatul Sakinah Kuala Lumpur-Karak, Gombak.

Sementara itu, Presiden Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan) Datuk Freddie Fernandez turut memakluman berita duka itu menerusi mesej aplikasi WhatsApp.

“Tan Sri Datuk Seri Ahmad Khan bin Nawab Khan telah kembali ke rahmatullah di rumahnya jam 3.15 petang tadi,” tulisnya.

Memulakan karier muzik sejak berusia 16 tahun, Ahmad Nawab adalah insan yang menaikkan nama-nama bintang seperti Datuk Jamal Abdillah, Datuk Khadijah Ibrahim, Ramlah Ram dan Shidee.

Sepanjang kariernya, Ahmad Nawab menghasilkan lebih 200 album yang didendangkan artis tempatan dan Indonesia seperti Hetty Koes Endang dan Broery Marantika.

Ahmad Nawab genius muzik yang bukan calang-calang. Beliau dianugerahkan gelaran Seniman Negara Ketujuh oleh Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan pada 2006,

iaitu penganugerahan tertinggi negara kepada seniman, terutama dalam bidang muzik.

Allahyarham juga penggubah lagu Malaysia Truly Asia dendangan Datuk Khadijah Ibrahim yang dianggap dendangan ikon kepada lagu bertemakan pelancongan bagi mempromosikan Malaysia di persada antarabangsa.

Maestro muzik terkemuka itu pernah berkhidmat dengan Orkestra RTM selama 17 tahun, memenangi pelbagai anugerah seperti Anugerah Merak Kayangan (Lagu Terbaik) bagi lagu ciptaan pertamanya Bintang Malam pada 1980.

Atas kepakaran dan pencapaiannya, Universiti Putra Malaysia (UPM) mengurniakan anugerah Doktor Falsafah dalam bidang penulisan kehormat pada 2000.

Adiknya, pemuzik Akbar Nawab Khan terdahulu meninggal dunia pada usia 86 tahun pada 31 Ogos lalu.

Salam takziah buat keluarga Allahyarham Tan Sri Ahmad Nawab, al-Fatihah.

Sumber:HM