Adik Mngsa M4ut Kepala Air “Kita Bentuk Family Ni Semula Ya , Jangan Pisah”

Semalam, berita mengenai sepuluh sekeluarga dikhuatiri l3mas selepas penemuan myat seorang wanita,Azizah Eiyi, 40 dan anak lelaki, 

Muhammad Zulqarnain Haikal, 11, menggemparkan penduduk di Kampung Laut, Pasir Gajah dalam tragedi kepala air di Jeram Mawar, Air Putih, Kemaman.

Berita menyayat hati itu pastinya mendatangkan kes4n mendalam buat keluarga mngsa terlibat seperti mana dikongsikan oleh adik Azizah iaitu Syawalluddin Eiyi, 29, sebaik mengetahui kejadian menimpa keluarga kakaknya.

Masih terk3jut, mohon sedekah Al-Fatihah buat keluarga kakak

Syawalluddin berkata, berita mengenai kejadian men1mpa keluarga kakaknya sangat mengejutkan dan tidak percaya dengan apa yang telah berlaku. 

Dia bagaimanapun masih berharap agar ahli keluarganya yang masih hil4ng dalam kejadian terbabit ditemui selamat.

Memetik laporan Sinar Harian, Syawalluddin berkata  tujuh anak saudaranya termasuk paling kecil berusia lima tahun turut terlibat dalam trag3di tersebut.

“Kakak saya bersama suami pergi bermalam untuk berkelah ke situ bersama anak dan seorang lagi bakal menantu keluarga kami,”katanya.

Sementara itu, Syawalluddin dalam hantaran di platform TikT0k memohon orang ramai sedekahkan al-Fatihah buat kakaknya sekeluarga.

“Sedekahkan al-Fatihah pada keluarga arwah kakak saya.

“Kepada yang mengenali Azizah binti Eiyi sekeluarga, beliau sekeluarga sudah kembali kepada Allah,”titipnya.

Moga keluarga disatukan selepas dilahirkan semula

Syawalluddin juga berharap agar dapat disatukan di ‘alam sana’ sebaik sahaja dilahirkan semula kerana dia sangat menyayangi mereka.

Setakat ini lapan lagi mngsa dikhuatiri masih hil4ng dalam tragedi kepala air di Kampung Air Putih, di daerah berkenaan pada Ahad.

Sumber: omm