Adakan Doa Selamat Sempena Timang Cahaya Mata Pertama , Netizen Teka Uqasha Sensore Hamil Anak Perempuan

Uqasha Senrose tampil berkongsi momen dia dan suaminya, Kamal Adli membuat majlis doa selamat sebelum menimang cahaya mata pertama mereka tidak lama lagi.

Perkara itu telah dikongsikan oleh Uqasha menerusi sebuah hantaran di Instagram, semalam.

Difahamkan majlis yang dihadiri ahli keluarga dan kenalan rapat tersebut turut diikuti dengan acara ‘gender reveal’.

Namun, pasangan itu masih belum mended4hkan jantina anak sulung mereka yang bakal lahir nanti.

”Alhamdulillah, selesai dah majlis doa selamat dan dah tahu baby girl ke boy. So, senang nak pilih nama, baju etc etc. Yes, bulat kan saya,” tulisnya.

 

Dalam perkongsian lain, Uqasha turut menyatakan dia tidak kisah sama ada dia akan timang cahaya mata lelaki ataupun perempuan asalkan bayinya sihat.

“Our first baby and of course dari awal tak nak tahu gender sebab nak sama-sama teka and with family. Tapi every month buat checkup gatal sangat nak tahu gender tapi kena SABAR.

“So korang rasa boy ke girl? Sebenarnya saya tak kisah boy ke girl asal kan sihat tubuh badan, cukup segalanya Insya-Allah .. amin sikit lagi okay,” katanya.

Teruja dengan perkongsian tersebut, rata-rata peminatnya menjangka dia akan menimang cahaya mata perempuan.

Lebih menarik lagi, perkongsian Instagram Story (Igs) pelakon Uyaina Arshad turut menguatkan lagi dakwaan tersebut apabila terlihat serpihan kertas berwarna merah jambu di lantai.

Untuk rekod, Uqasha dan Kamal telah mendirikan rumah tangga pada 5 November 2021.

Sumber:HM