Ada Orang Report , Ayam Kipuk Viral Tumbang Akhirnya , Peniaga Anggap Ujian Kerana D0sa Berniaga Di Rumah.
Sebelum ini tular di media sosi4l gambar sekumpulan penghantar makanan atau rider berkerumun di hadapan rumah seorang peniaga makanan di tingkat 15 di Taman Danau Kota, Setapak, Kuala Lumpur.
Difahamkan, kumpulan rider ini datang untuk mengambil pesanan makanan pelanggan iaitu Ayam Kipuk Vir4l yang diusahakan peniaga berkenaan dari rumahnya.
Bagaimanapun, bisnes Ayam Kipuk Vir4l dihentikan buat sementara waktu susulan arahan daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
Perkara tersebut dimaklumkan sendiri oleh pemiliknya, Mawaddah Abu Bakar di laman grup Fb B40 Buat Perangai Apa Harini.
Menurut Mawaddah, dia akur apabila diarahkan mengosongkan rumah sewaannya selepas pihak DBKL memaklumkan terdapat aduan mengenai perniagaan yang diusahakan dari rumah itu.
“Akhirnya Ayam Kipuk tumbang. DBKL datang cakap ada orang rep0rt selepas viral.
“Tapi mungkin ini Allah mahu mengajar saya erti kesabaran dan ketabahan di atas d0sa saya berniaga di rumah. Saya reda. Saya akan bawa ibu dan adik 0KU saya balik kampung dulu,” kongsinya.
Dalam hantaran yang sama, Mawaddah berkata dia akan menyambung kembali operasi bisnesnya minggu depan di lokasi yang lebih sesuai.
“Kami akan pindah insyaAllah tempat yang lagi baik (shoplot atas tingkat 3).
“Saya akan suruh abang saya yang manage. Terima kasih abang rider, customer, dan jiran-jiran semua yang selalu support kami. Minggu depan kami akan bangkit,” kongsinya lagi.
Perkongsian tersebut mengundang perhatian warga maya dan sehingga kini meraih 174 shares di Fb.
Menjengah ruangan komen, rata-rata net1zen turut memberikan kata-kata semangat buat peniaga berkenaan selain menyifatkan apa yang berlaku mempunyai hikmah.
“Sewa kedai elok, buat lesen insyaAllah semua berjalan lancar nanti.
“Tak apa. Anggap rezeki di rumah tu sampai dekat situ je. Teruskan meniaga di kedai makana atau stall. Semoga bisnes makin maju dan berjaya satu hari nanti.
“Ambil teguran tu dengan aura positif. Lepas ni dah boleh tambah baik. Tengok orang sekeliling dulu, meniaga pun tenang,” demikian antara komen net1zen.
Sumber:mstar