Ada Makanan Dalam Raga Motor , Pakcik Ni Tak Sentuh langsung. Sanggup Tunggu Lama Harap Tuannya Datang Tuntut.
Dalam pada kita berdepan dengan krisis kenaikan harga barang, sikap jujur yang ditunjukkan oleh se0rang pakcik mendapat pujian ramai.
Ceritanya bermula apabila pakcik ini meletakkan seketika motosikalnya di hadapan sebuah kedai serbaneka untuk membeli barang.
Kemudian seorang TikT0ker, Ahbeeletsgo atau lebih dikenali sebagai Ah Bee membuat satu eksperimen sosi4l dengan meletakkan sebungkus plastik makanan dan sekotak telur di dalam bakul motosikalnya.
Selepas pakcik itu keluar dari kedai, dia kelihatan terpinga-pinga melihat barang-barang di dalam bakul motosikalnya.
Jelas riak wajahnya nampak hairan, tertanya-tanya siapakah yang meletakkan barang tersebut.
“Mungkin dia fikir itu barang orang lain. Terharu kejap dengan kejujuran,” kata Ah Bee menerusi ruangan kapsyen.
Dia bagaimanapun tidak mengalihkan barang itu yang bukan miliknya sebaliknya berborak dengan se0rang lagi individu yang berada di sebelahnya.
Selepas 10 minit berlalu, TikT0ker ini muncul dan menghampiri pakcik itu yang masih setia berada dekat motosikalnya.
“Saya terpaksa keluar untuk jelaskan semuanya,” ujarnya yang tidak tahan lagi menahan seb4k terharu dengan kemuliaan ditunjukkan pakcik itu.
Sebelum meninggalkan pakcik itu, Ah Bee memberitahunya bahawa barang-barang tersebut merupakan hadiah yang diberikan ikhlas untuknya.
Sebagaimana dirakamkan, kelihatan lelaki sudah lanjut usia ini mengangguk kepala beberapa kali sambil tersenyum sebagai tanda menghargai pemberian itu.
Jika diteliti di ruangan komen, net1zen turut menyatakan rasa seb4k dan kagum dengan sikap lelaki ini yang tidak mengambil barang yang bukan hak atau miliknya.
Nasib keluar balik beritahu, kalau tak kasihan pakcik ni tercari-cari siapa punya.
“Ajaran Islam memang mel4rang mengambil barang bukan milik kita walau macam mana sekali pun.
“Nasib keluar balik beritahu, kalau tak kasihan pakcik ni tercari-cari siapa punya. Tersilap ke apa.
“Bab makan nak masuk perut memang kena jaga. Sebab kalau benda tu tiba-tiba memang tak berani makan melainkan orang beritahu (beri keizinan),” komen net1zen.
Bagaimanapun, ada segelintir net1zen yang simpati terhadap pakcik ini yang terpaksa menunggu lama sebelum Ah bee muncul menyatakan tentang eksperimen sosi4lnya.
Jelas Ah Bee, dia mengambil maklum komen-komen warganet mengenai aktiviti eksperimen sosi4l dan kebajikannya serta berjanji akan memperbaiki kelemahan pada masa akan datang.
Sumber:MstarOnline , HM