Abdur Rahman Seb4k , Terima Naskah Al-Quran Hadiah Arwh Ibu Buat Arwh Adik Perempuan.

Berita mengenai nahas kemal4ngan jalan raya di Kilometer 5, Jalan Segamat-Kuantan yang mengakibatkan seorang remaja berusia 19 tahun, Abdur Rahman Amir Ruddin kehilangan enam insan tersayang pada Jumaat lalu.

Nasib menimpa anak sulung kepada pasangan Amir Ruddin Ismail, 46, dan Norahimah Noor Muhamad, 43, yang terkorban bersama empat lagi adiknya iaitu Fatimatulzahrah, 17, 

Seri Khadijah Aqilah, 13, Rufaidatul Asyariyah, 10, dan Muhammad Assyakrawi, 5 mendapat perhatian pelbagai pihak.

Seorang lagi adiknya, Abdullah Amir Ruddin, 15, yang ced3ra parah masih dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Segamat.

Sebak, serah al-Quran hadiah pemberian arwh ibu buat arwh adik perempuan

Terbaharu, perkongsian oleh Hanif Jamaluddin di platform Fb mengenai remaja tersebut mendapat perhatian ramai dan masing-masing tidak dapat menahan sebak apabila melihat keadaan Abdur Rahman.

Menerusi hantaran itu, Abdur Rahman sebak ketika senaskah al-Quran hadiah pemberian arwah ibunya buat arwah adik perempuannya, Fatimatulzahrah bersempena ulang tahun ke-16 diserahkan kepadanya.

“Di atas al-Quran ini tertulis pesanan arwh ibu; Selamat hari lahir anakku yang dimuliakan. Tahniah Kakak! 16 tahun sudah kakak bernafas dalam dunia ini.

“Ibu mengharapkan kamu diberikan kejayaan dalam kehidupan dan urusan dunia kamu. Ilmu itu Cahaya. Tanpa cahaya pasti gelap dunia. Timbalah ilmu walau dimana berada.

“Susah senang itu adat dunia. Berikhtiar dan berdoa itu “senjata kita. Jadilah anak yang solehah. InsyaAllah,”pesan arwh ibu.

Melihat ketabahan dan ujian yang terp4ksa dihadapi oleh remaja itu, mereka menyifatkan Abdur Rahman seorang insan yang hebat dan yakin segala perancangan mempunyai hikmah.

“Kamu insan hebat Abdur Rahman. Kamu diuji sedemikian rupa kerana Allah tahu kamu mampu. InsyaAllah pasti ada hikmah terbaik yang Allah telah susun buat dirimu dan adikmu.

“Seluruh manusia mendoakan kesejahteraan buat keluargamu yang telah pergi, tempat mereka di syurga InsyAllah,”doanya.

Sumber: FB Hanif Jamaluddin, TikT0k @mekjaa82