Abang Berambut Perang Bakal Dapat Hadiah Sebuah Motosikal Dari Penjaring Gol Harimau Malaya

Penjaring gol Harimau Malaya, Faisal Halim atau lebih dikenali sebagai Mickey bercadang mahu menghadiahkan ‘abang rambut perang’ sebuah motosikal baru seleps kisahnya tular di media sosi4l.

Reaksi wajah terharu bertebaran di media sosi4l

Individu yang gambar reaksi wajah sebaknya ‘bertebaran’ di media sosial sewaktu pasukan bolasepak kebangsaan Malaysia menjaringkan gol di perlawanan terakhir saingan Piala Asia di Doha tempoh hari, 

telah menjadi topik bualan hangat apabila dikatakan menjual motosikal demi menampung perjalanannya ke Qatar untuk memberi sokongan kepada skuad negara.

Mickey nak beri motosikal kepada abang rambut perang

Susulan daripada itu, Mickey memaklumkan mahu menghadiahkan motosikal kepada ‘abang rambut perang’ atau nama sebenarnya Derrick Gan.

Perkara tersebut dikongsikan semula dalam hantaran di Insta Story miliknya.

“blast.active dan  Faisal Halim mencari insan ini  untuk kami berikan motor baru kepada beliau. 

“Siapa yang ada nombor beliau mesej saya. Dia sampai je KL nak kasi motor terus, ” tulis posting tersebut.

Abang rambut perang terharu dengan kata2 positif

Dalam pada itu, Derrick yang akui terharu dengan pelbagai kata-kata positif yang diterima masyarakat Malaysia susulan gambar reaksi wajahnya tul4r baru-baru ini mengatakan yang dia membaca semua mesej serta komen diterima.

Ujarnya, dia sangat berterima kasih kepada rakyat Malaysia dan membuatnya ingin menangis sekali lagi. Dia turut memohon maaf jika tidak sempat membalas mesej yang diterima kerana terlalu ramai namun mencuba sebaiknya.

Sanggup jual motosikal demi nak ke Qatar

Terdahulu, kisah Derrick Gan yang menjual motosikal bagi mencukupkan kewangan untuk ke Qatar bagi menyaksikan pasukan Harimau Malaya bersaingan di Piala Asia begitu menginspirasikan.

Mana tidaknya, reaksi sewaktu pasukan negara menjaringkan gol benar-benar membuatkan rakyat Malaysia tersentuh lebih-lebih lagi apabila berjaya mengikat pasukan Korea Selatan 3 sama.

Sumber: Ig faisalhalim.7, fb Derrick Gan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *