Aaron Aziz sudah hilang sabar, buat laporan p0lis terhadap 4 akaun IG scammer
Datuk Aaron Aziz membuat laporan polis ke atas empat akaun Instagram yang did4kwa menjalankan sindiket penipuan.
Aaron atau Aaron Mustapha Aziz, 48, berkata, dia membuat laporan berkenaan susulan tindakan melampau scammer yang dipercayai menggunakan namanya untuk tujuan memperdayakan orang lain.
“Assalamualaikum, siapa yang lihat hantaran saya pagi tadi, saya sudah buat laporan polis.
“Scammer di mana-mana sekarang ini. Nak hidup senang tanpa usaha.
“Kepada empat akaun ini korang tunggulah nasib kau. Dapatlah saya duit raya lebih tahun ini,” katanya.
Aaron berkongsi perkara itu menerusi sebuah video yang dimuat naik di Ig miliknya pada malam Isnin.
Sebelum ini, Aaron meluahkan rasa kesal apabila terdapat scammer yang mengambil kesempatan di atas sikap toleransi yang diberi sebelum ini.
Kata Aaron, dia tidak lagi akan memberi muka kepada si pelaku dan mahu menuntut keadilan secara undang-undang.
“Dulu kau (scammer) buat aku diam, bagi kau peluang mintak kau sedar sikit.
“Esok mula Ramadan bulan baik. Tapi esok juga aku akan bagi kaw kaw. Jangan ambil kesempatan atas kebaikan aku,” ujarnya.
Aaron bagaimanapun tidak menjelaskan lebih lanjut berkenaan butiran penipuan yang dibuat.
Bagaimanapun difahamkan, scammer terbabit telah menggunakan jenama rokok elektronik miliknya iaitu Akso Supa Pro untuk melakukan penipuan kepada orang ramai.
Sumber:hm