6 Tahun Jalinkan Hubungan Cinta , Serah Kad ATM Duit Gaji , Lelaki Ini Menangis Sampai Pengsan Dapat Tahu GF Kahwin Lain.

Akibat sayang, seorang lelaki sanggup memberikan kad ATM daripada akaun bank yang mengandungi gajinya selama enam tahun bekerja, kepada teman wanita.

Kesanggupannya itu dengan harapan hubungan mereka akan menjadi lebih serius.

Namun, hasratnya tidak kesampaian apabila dia ditinggalkan oleh teman wanitanya.

Lebih menyedihkan, wanita pujaannya itu rupa-rupanya memilih untuk berkahwin dengan lelaki lain.

Bukan sekadar menangis, menerusi video yang tular, lelaki berkenaan juga pengsan berkali-kali selepas menerima berita sedih itu.

Kejadian berlaku di Sumatera Utara, Indo nesia.

Kedua-dua mereka menjalinkan hubungan selama enam tahun, dan lelaki itu mempercayai teman wanitanya dengan menyerahkan gaji dan kad ATM.

Dalam video itu, kelihatan beberapa orang cuba menenangkan seorang lelaki yang terduduk di atas lantai, manakala video berasingan menunjukkan lelaki sama berada di halaman dan sujud di atas rumput.

Di ruangan komen, rata-rata net1zen bersimpati dengan nasib yang dialami lelaki itu dan menyatakan dia tidak sepatutnya menyerahkan gaji dan kad ATM kepada pasangan yang bukan isterinya. 

Sumber:hm

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *