5 Beranak Pergi Kerja Naik Moto Redah Lebih 300KM Dari Temerloh Ke Terengganu.
Peng0rbanan demi mencari rezeki buat keluarga bukanlah perkara yang mudah. Ramai orang mengeluh dan merasa susah dengan aturan hidupnya,
sedangkan masih ramai lagi keluarga yang jauh lebih susah untuk mengharungi cabaran melalui kr1sis ekonomi. Sampaikan ada keluarga yang sanggup meredah lebih 300KM untuk sampai ke tempat kerja.
Kita yang lihat pun memenatkan. Apatah lagi mereka yang menjalani keadaan itu
Sepasang suami isteri bersama tiga orang anaknya tiada pilihan lain dan terpaksa berulang-alik setiap hari dengan menunggang sebuah motosikal dari Temerloh ke Terengganu. Meskipun jarak yang dilalui sangat jauh dari rumahnya ke tempat kerja,
keadaan membuatkan mereka tetap bertahan untuk memenuhi segala keperluan keluarga. Kepay4han isteri mendukung seorang bayi dan dua anak lainnya duduk berhimpit sangat menyentuh hati yang melihatnya.
Suami yang bekerja di sebuah restoran mengharungi liku-liku kesusahan bersama isteri dan anak-anaknya dalam mencari rezeki.
Takpa bang. Menolak offer untuk ditumpangkan
Bagaimanapun, Syahmi Sarif yang melihat kejadian tersebut telah menawarkan kereta untuk menumpangkan dua orang lagi anaknya.
Namun ditolak oleh pasangan suami isteri itu kerana enggan menyusahkan orang lain dalam masalah keluarganya. Keperihatinan beliau melihat kesusahan keluarga itu membuatkan dirinya tidak berhenti untuk berusaha menawarkan bantuan.
Dia merasa bertanggungjawab apabila melihat banyak lori-lori besar lalu lalang di situ. Memikirkan keselamatan anak-anak kecil, sekali lagi dia menawarkan keretanya kepada pasangan itu. Tetapi masih saja pelawaannya dit0lak.
Saya ikut daripada belakang motor pasangan tu untuk berjaga-jaga
Perjalanan sejauh 300KM pergi dengan membawa anak-anak yang masih kecil termasuk bayi dengan menaiki satu motosikal dalam keadaan sekejap hujan dan sekejap panas,
sebenarnya memberi risiko yang tinggi. Sejurus itu, dia terus mengikuti motosikal tadi daripada belakang untuk memastikan semuanya dalam keadaan baik-baik saja.
Sumber:HM , FB