2 Minggu Gag4l Cari Punca Kenapa Bayi Usia 3 Bulan Paralysis , Doktor Tanya Mak Ayah ,Akhirnya Terjawab Pernah Beri Makanan Berkhasiat Orang Dewasa.

Dalam Kalangan ibu dan bapa pasti sangat teruja untuk memberi si manja pelbagai jenis makanan terutama dari sumber berkhasiat.

Sesetengah mak ayah menganggap, dengan memberikan anak mencuba apa sahaja makanan, ia dapat mengatasi masal4h memilih makan atau ‘picky eater’.

Bagaimanapun, tidak semua makanan berkhasiat boleh diberikan kepada anak-anak yang berusia bawah satu tahun.

Menerusi perkongsian di laman TikT0k, pegawai kesihatan di Klinik Kesihatan Padang Tengku, Kuala Lipis, Pahang, Dr Mohd Qarafi Mohd Ridhuan Tee berkata, 

seorang bayi yang cergas dan aktif tiba-tiba menjadi lemah (paralysis) sehingga dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU).

Bayi mudah terkena j4ngkitan kuman jika didedahkan dengan perkara yang tidak sepatutnya. 

“Budak ini berumur tiga bulan dan disusukan oleh ibunya sejak kecil. Sampai satu tahap, dia tiba-tiba enggan minum susu.

“Disebabkan itu, dia dibawa ke hspital dan rawatan mengesahkannya menghidap hypotonia yang menyebabkan seluruh badannya lemah.

“Selepas dua minggu berada di hspital, keadaannya semakin t3ruk walaupun pelbagai jenis ubatan diberikan.

“Dia juga disahkan terkena j4ngkitan kuman di paru-paru, tidak dapat bernafas dengan baik di samping pelbagai peny4kit lain sehingga dimasukkan ke dalam NICU,” katanya.

Menurutnya, menerusi uji kaji dan sampel dar4h yang dijalankan, doktor masih tidak menemukan sebarang punca kepada j4ngkitan kuman yang berlaku.

“Situasi yang berlaku itu membuatkan para d0ktor berbincang dengan ibu dan ayah bayi tersebut tentang kaedah jagaan yang boleh dilakukan.

“Bagaimanapun, seorang doktor terdetik untuk mengambil sampel najis dan terjumpalah punca kepada masal4h kesihatan yang dialami,” jelasnya.

Tambah beliau, berdasarkan maklumat yang diperoleh, terdapat bakteria Clostridium Botulinum dalam najisnya.

Katanya, selepas disoal selidik, ibu dan ayah bayi tersebut mengaku pernah memberikan madu kepada anak mereka.

Meskipun madu baik dan memberi manfaat kesihatan kepada orang dewasa namun ia tidak sesuai untuk kanak-kanak bawah dua tahun kerana usus mereka belum terbentuk sepenuhnya.

Sumber:Mstar,TikTok