2 Beranak Akur Diusir Kerana Berniaga Tanpa Lesen. Cepat Kemas Kelapa , Barang Niaga Naik Motosikal . Anak Duduk Dalam Bakul Alas Span Buruk.

Sebagai seorang peniaga bukanlah mudah terutama mereka yang perlu menjaja di tepi jalan.

Lebih memilukan jika perniagaan itu merupakan satu-satunya punca rezeki dan ada peniaga terp4ksa membawa anak kecil bersama meskipun ketika cuaca hujan mahupun panas terik.

Seperti video tular ini, seorang bapa dilihat menunggang motosikal dengan anaknya duduk di bahagian bakul.

Kenderaan dua roda itu jugalah yang digunakan untuk membawa peralatan niaga termasuk seguni buah kelapa sehingga dua beranak itu terpaksa berhimpit di bahagian hadapan motosikal.

Lebih meruntun perasaan apabila span tilam lama yang dipegang anaknya itu digunakan sebagai alas untuk duduk di dalam raga motosikal.

Menerusi kapsyen video perkongsian Jalal Misai, dia yang juga peniaga memaklumkan bahawa lelaki terbabit yang menjual air kelapa di tepi jalan diminta untuk mengosongkan kawasan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT).

“Brother ni jual air kelapa sambil bawa anak. Tengoklah dia kemas, terkejut semua barang (niaga) dia muat atas motor… terfikir anak dia balik naik apa.

“Dalam guni, box motor dan bakul depan penuh dengan kelapa. Anak dia pegang span, aku syak tilam terpakai.

“Masa ni, aku sebagai seorang lelaki dan ayah terasa sangat pengorbanan bapa mencari rezeki,” ujarnya yang mengakui turut menangis melihat senario tersebut.

Meskipun dalam keadaan serba kekurangan seperti itu, dua beranak itu kelihatan sangat bahagia.

“Sebelum bergerak, dia sempat menoleh kepada aku sebab masa dia kemas aku beli kelapa sambil berborak.

“Dia tutup sebab ada orang majlis (PBT) tegur tak boleh berniaga di sini, kena buat lesen. Semoga suatu hari nanti abang berjaya dalam bisnes.

Itulah hebatnya seorang ayah kan pakcik? Tak pernah mengaku kalah, tak pernah berhenti berjuang!

“Terima kasih kelapa ni bang, saya beli. Abang bukan setakat jual kelapa, abang tinggalkan sesuatu di hati saya,” luahnya yang turut sedih melihat lambaian kanak-kanak terbabit.

Adegan menyentuh hati ini dipercayai dirakam di Segamat, Johor.

Video yang dikongsikan pelayar Twitter itu mendapat pelbagai reaksi warga maya.

Rata-ratanya meluahkan rasa pilu melihat keadaan dua beranak tersebut selain menyedari risiko bahaya yang diambilnya itu mungkin adalah jalan terbaik untuk mencari rezeki ketika ini.

“Sesiapa kenal ‘brader’ ni minta cakap pada dia tolong pergi ke Pejabat Tanah dekat area dia tinggal dan mohon ekasih. Once nama ada dalam database, macam-macam bantuan boleh dapat.

“Itulah hebatnya seorang ayah kan pakcik? Tak pernah mengaku kalah, tak pernah berhenti berjuang!

“The harder your life, the harder your learn, the harder you earn.

“Semoga keluarga kecil ini sentiasa dalam jagaan Allah. Murah rezeki sentiasa,” ujar beberapa warga maya.

Pun begitu, tidak kurang juga yang prihatin dengan si anak kerana bimbang dia terkena api rokok yang sedang dihisap bapanya.

“Risau tengok rokok kat mulut ayah dia tu, dengan anak tak pakai topi keledar.

“Sedih OK dah. Tapi aku panas betul tengok orang tua merokok depan muka budak!

“Rokok kat mulut tak lepas brader… peng0rbanan seorang ayah,” ujar beberapa net1zen lagi.

Sumber:mstar