0rgan Dalaman G4gal Berfungsi , Suhaimi Saad Terpaksa Bergantung Dengan Alat Bantuan Pernafasan
Bekas angg0ta kumpulan nasyid In-Team, Suhaimi Saad dilaporkan kritik4l dan terpaksa ditidurkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) di sebuah pusat perubatan di Johor Bahru, Johor.
Memetik laporan , sumber mengatakan Suhaimi kini terpaksa bergantung sepenuhnya kepada alat bantuan pernafasan sepenuhnya selain 0rgan dalamannnya gagal berfungsi.
“Suhaimi dikatakan mengalami jangkitan hingga berlaku kegagalan 0rgan dalaman dan kini bergantung kepada alat bantuan pernafasan sepenuhnya.
“Difahamkan dia mengalami batuk kr0nik sejak empat bulan lalu, cirit-birit selama tiga bulan dan berat badannya turun mendadak,” .
Difahamkan, penyanyi berusia 43 tahun itu sudah pun berada di hspital berkenaan bagi mendapatkan rawatan sejak Jumaat lalu.
Sebelum ini, media melaporkan hal tersebut disahkan oleh ketua kumpulan In-Team, Mohd Syahril Abdul Khalid yang pergi menziarahinya pada Sabtu lalu.
“Suhaimi s4kit dan sedang mendapatkan rawatan. Jadi, saya memohon orang ramai agar mendoakan dirinya sembuh.
“Dia dimasukkan ke hspital kira-kira seminggu lalu. Namun, mengenai punca peny4kit, saya kurang pasti,”ujarnya.
Menurut Mohd Syahril, Suhaimi sudah beberapa bulan kurang sihat dan muntah setiap kali makan sehinggakan susut berat badan.
Tambahnya, bapa mentuanya membawa Suhaimi ke Johor Bahru untuk mendapatkan rawatan.
Dalam pada itu, Mohd Syahril memberitahu isteri Suhaimi Saad, Ina Naim enggan dig4nggu kerana mahu memberi tumpuan kepada suaminya.
Ina Naim juga mengakui suaminya kini s4kit dan memohon didoakan yang baik-baik dan diberi kesembuhan segera.
Katanya, Suhaimi memang kurang sihat sekarang dan memaklumkan mengalami batuk saja.
“Ya, suami sakit, tak sihat sedikit. Doakan ya. Tak sihat, biasalah batuk-batuk gitulah. Doakan sajalah.
Untuk rekod, Suhaimi berkahwin dengan penyanyi, Ina Naim pada 12 Ogos 2007 dan dikurniakan empat cahaya mata iaitu Ehmad Hadie Elfardie, Sallman Elkhoyri, Phyrosh Elfadwah dan Nur Layla Elghufrony.
Sumber: Hm (Najiy Jefri)